中文 English 日本語 한국어 Français Deutsch Русский язык Español Português عربي Melayu Indonesian  Italiano Монгол Tiếng Việt Lao BIG5

Pendahulu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing

2011/7/2 14:41   

     Pendahulu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) ialah Sekolah Pengajian Bahasa Asing Yan'an. Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, Sekolah Pengajian Bahasa Asing Yan'an dan Sekolah Hal-Ehwal Luar Negara digabungkan menjadi Institut Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing. Pada tahun 1959, Institut Bahasa Rusia Beijing dimasukkan ke dalam Institut Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing. Pada tahun 1994, Institut Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing meningkat peringkatnya menjadi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU).

    Sebagai sebuah universiti yang terus dipimpin oleh Kementerian Pendidikan Negara, BFSU berkembang pesat menjadi universiti yang menawarkan paling banyak jenis bahasa asing dan juga salah sebuah universiti yang paling panjang sejarahnya di seluruh negara. BFSU merupakan pusat pengajaran dan pengajian dalam bidang bahasa asing, kesusasteraan asing dan pengajian urusan antarabangsa dan telah menjadi pangkalan utama dalam usaha memupuk tenaga alih bahasa asing dan tenaga alih penterjemahan lisan tulisan khasnya.

    Dalam sejarahnya 69 tahun yang lalu, BFSU telah mengeluarkan graduan seramai 70000 orang, antaranya 380 orang graduan pernah menjadi duta besar, 600 orang lebih menjadi consular dan 11 orang memegang jawatan sebagai jurucakap kerajaan. Oleh sebab itu, BFSU dapat bersuara dengan bangga, "Mana berkibar bendera merah lima bintang, mana ada alumni BFSU."

   Jurusan Bahasa Melayu ditubuhkan pada tahun 1961 yang terus di bawah pimpinan Institut Pengajian Asia-Afrika. Jurusan kini mempunyai 5 orang pensyarah dan mengambil calon pelajar dua tahun sekali di seluruh negara China. Setelah 4 tahun pembelajaran, para graduan akan dianugerahkan ijazah sarjana muda sastera.

- Top
在线客服
在线客服系统